Kursus 2 Hari Akupuntur Dasar (TCM) Batch Ke-3

Khusus buat ANDA yang ingin mencuba mempelajari Ilmu Akupuntur asas dengan cara yang mudah paham dan praktikal untuk dilakukan terus.

 Kelas intensif Akupuntur Dasar TCM yang akan mengajar anda secara praktikal dan teori dalam masa 2 hari sahaja. Dengan teknik pembelajaran serta latihan yang mudah, bersistematik ini akan membolehkan terus melakukannya sendiri dirumah.

80% Praktikal  dan  20% Teori

Terhad kepada 20 peserta sahaja.

Selesai kelas anda sudah boleh melakukan terapi akupuntur ke atas diri sendiri serta orang lain.. Dan seterusnya anda akan lihat keajaiban nya sendiri nanti.

 

Sedikit Pengenalan Berkenaan TCM Akupuntur.

Akupuntur adalah suatu teknik rawatan alternatif berkonsep penusukkan jarum-jarum akupuntur di bahagian-bahagian tertentu pada tubuh seseorang. Dalam Teori Akupuntur, mengatakan bahawa penyebab umum sesuatu penyakit itu adalah tersumbatnya laluan meridian-meridian di alam tubuh seseorang, sehingga chi seseorang tidak dapat mengalir sebagaimana asalnya. Oleh karena itu, teknik tusukan jarum digunakan pada bahagian tertentu tubuh sesorang dengan cara, kaedah dan teknik tertentu sebagai solusi.

Terapi akupuntur sudah sejak lama dimanfaatkan untuk mengubati pelbagai penyakit ringan dan kronik, baik sebagai pengubatan tersendiri maupun bersama-sama dengan metode pengobatan lain. Akupunktur dewasa ini juga digunakan untuk estetika / kecantikan. Disamping untuk tujuan pengubatan, akupunktur juga dapat digunakan sebagai agen untuk meningkatkan antibodi, pencegahan penyakit, dan untuk meningkatkan stamina tubuh.

 

Penyakit, situasi dan kepentingan yang boleh dimanfaatkan guna Akupuntur.

 

Kandungan / Silbus-silibus yang bakal di ajarkan di dalam Kursus ini:

1. Pengenalan Konsep Asas Akupuntur TCM.

2. Fungsi-fungsi akupuntur yang harus diketahui.

3. Pengenalan konsep Merridian dalam Akupuntur.

4. Pelbagai teknik dan kaedah kemahiran tusukan jarum Akupuntur.

5. Akupuntur "Blood Flow" yang mana menjadi asas dalam perawatan akupuntur

6. Mengenalan pelbagai jenis-jenis dan titik-titik Akupuntur dari point umum dan point khusus.

7. Penggunaan alatan sokongan - Stimulator Akupuntur.

8. Bonus pembelajaran terapi akupuntur untuk Hilang Ketagihan rokok, Dan Akupuntur untuk salah satu dari Penyakit Kronis.

 

Kenapa setiap orang perlu ada ilmu akupuntur ?

1. Rawatan yang fleksible dan mudah dilakukan dimana-mana yang tidak memerlukan tempat yang spesifik.

2. Rawatan yang tidak memerlukan kos yang tinggi.

3. Rawatan ini mendatangkan kesan yang segera (immidiate effect) pada banyak situasi.

4. Boleh dijadikan sebagai pelindung dan bentengan untuk mengekalkan kesihatan pada diri sendiri, keluarga dan orang sekeliling yang disayangi.

5. Boleh dijadikan sebagai sumber perniagaan sampingan atau pun sepenuh masa.

 

Tenaga Pengajar 

 Dr Abd Halim Basri
 
  • Beliau menjawat jawatan Pengerusi "Persatuan Acu-Bekam Malaysia".
  • Penasihat Persatuan Perhijam dan juga Presiden PKKP (Persatuan Koperasi Gapera).
  • Berpengalaman di dalam bidang perawatan koplementari seperti Akupuntur, lebih dari 10 tahun.
  • Diberi kepercayaan untuk melakukan terapi akupuntur memerangi obesiti & perut buncit dikalangan pegawai-pegawai polis di Kedah.
  • Terlibat dalam pelbagai bidang kajian-kajian berkaitan  kesihatan dan teknik perawatan. Beliau bermula dengan Degree B.E.C dan Master MIT di UKM. Seterusya  Certificate of MA dalam Cupping, Diploma of MD (MA) dan Degree of MD (MA) di Open International University, Colombo.
Untuk bidang akupuntur, beliau telah mendapat pendidikan di pelbagai pusat pengajian seperti di Xiamen University, China dalam Certificate of Advance Acupuncture, dan peringkat Diploma of Clinical Acupuncture di Chengdu University, China. Selain itu beliau juga telah mendapat "certificate of Chinese Herb" serta "certificate of Iridologi" di China.

 

Apa yang bakal anda perolehi dari Kelas Intensif RAJA BEKAM ?

 

1)  Nota Lengkap Kursus.

2)  Sijil Penyertaan.

3)  Peralatan Praktikal berupa 1 set jarum akupuntur pelbagai saiz.

4)  Kupon Diskaun RM50 untuk semua pembelian di kedai dan website Rajabekam.

5)  Group Support whatsapp sesama peserta sepanjang hayat.

 

Siapa ANDA yang patut sertai program ini ?

Jika anda merupakan salah seorang dari mereka yang ada di bawah ini maka anda wajib hadir ke program ini.

  • Mereka yang  minat untuk mencuba dan mempelajari Ilmu Akupuntur.
  • Mereka yang ingin cuba merawat diri sendiri dan keluarga.
  • Yang yang ada asas dalam acupuncture, tetapi masih tidak faham konsep, masih teragak-agak serta takut-takut dalam melakukannya.
  • Mereka yang ingin membuka pusat rawatan sendiri, memajukan dan mempelbagaikan teknik rawatan di pusat rawatan sendiri.
  • Ingin mencari sumber pendapatan sampingan.
  • Para-para perawat yang sentiasa ingin menaikkan taraf perkhidmatan dengan menambah ilmu dan mencari kelainan.
  • Mereka yang inginkan mencuba atau mencari teknik yang mudah dalam mempraktikkan terapi Akupuntur.
 
 

 

Berapa MAHAR Untuk Sertai Kelas Ini ?

Yuran pendaftaran RM450.00 seorang (termasuk peralatan praktikal)

 

Sila Bankin ke akaun CIMB : RAZEN INDUSTRIES , No Akaun : 8602954725

 

Bagaimana nak sertai kelas ini ?

1) Wassap atau SMS : "Kursus Akupuntur Dasar" dan hantarkan kepada 012-333 4741

2) Sebentar nanti staff kami akan membantu anda langkah seterusnya.

 

Tarikh

Masa

Lokasi

12 Mei & 13 Mei 2018

(Sabtu dan Ahad)

18   15 Kekosongan

8.30 pg - 5.30 ptg

RAJA BEKAM TRAINING CENTRE

5-2, JALAN NANGKA, 41400 KLANG, SELANGOR DARUL EHSAN

(Berhadapan Masjid tepi sungai sebelah Pasar Jawa)

Google Location :  3.048117, 101.446340 atau type “Pusat Latihan Raja Bekam”

 

 

Tempat duduk adalah sangat terhad maka untuk memastikan anda boleh sertai seminar ini apa yang anda perlu lakukan adalah klik butang tempahan dan ikut arahan yang seterusnya.

 
Terdapat beberapa buah hotel berdekatan dengan tempat kursus akupuntur ini, kira-kira jarak 100 meter. Jika anda perlukan hotel, terus saja hubungi no.tel yang diberi. 

1. Hotel B - 03-3343 4001 (RM78 keatas) 
2. Goldcouse - 03-3344 6666 (RM138 keatas) 
2. Hotel 99 - 03-3342 7766 (RM88 keatas) 
3. Hotel Comfort - 03-3344 2978 (RM70 keatas) 

 

Disediakan oleh RajaBekam
RAJA BEKAM | Pemborong Alatan Bekam © 2018